Penyelidikan Jabatan Muzium Malaysia

Penyelidikan adalah satu bidang teras dalam perkhidmatan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang memainkan peranan penting ke arah mencapai objektif JMM untuk memelihara, mengekal dan menyebarkan ilmu pengetahuan tentang warisan negara.

Penyelidikan yang dijalankan di JMM terdiri daripada penyelidikan sejarah, budaya, alam semulajadi, pameran dan koleksi.

Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi berperanan mengukuh dan mengembangkan bidang penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan bagi memartabatkan fungsi JMM sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan dalam bidang pameran, koleksi, sejarah, budaya dan alam semula jadi negara. Terdapat 3 unit utama di bawah Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi iaitu :-


01

Unit Penyelidikan

Berperanan merangka, merancang, menyedia, membangun, menyelaras dan menilai perancangan strategik penyelidikan JMM; menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelidikan JMM bagi menghasilkan proses penyelidikan yang sistematik dan hasil penyelidikan yang berkualiti; serta menyelaras dan memantau penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik dalam dan luar.

02

Unit Penerbitan

Bertanggungjawab menyelaras segala urusan penerbitan am dan khas JMM, meliputi hasil kajian, penyelidikan, artikel dan karya kakitangan JMM mahupun pihak luar agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dan memastikan setiap penerbitan Jabatan mengikut dasar dan garis panduan penerbitan yang telah ditetapkan.



03

Unit Dokumentasi

Berperanan mengumpul, menyusun, mengurus, menyimpan dan menyelaras data / maklumat, keterangan atau bahan menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan bagi tujuan rujukan, rekod, proses akhir (penerbitan, laporan dan lain-lain).





App
  • Penyelidikan Dalaman Dan Kolaborasi

    Penyelidikan ini terdiri daripada kakitangan JMM yang menjalankan penyelidikan. Kolaborasi bersama institusi/agensi kerajaan juga adalah digalakkan.

  • Penyelidikan Luar Negara

    Untuk Penyelidikan dari luar negara perlu mendapatkan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Ekonomi. Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Penyelidikan Perseorangan

    Individu perseorangan yang terdiri daripada pelajar mahupun individu dari institusi atau agensi-agensi kerajaan boleh memohon untuk melaksanakan penyelidikan di Jabatan Muzium Malaysia.

Soalan Lazim


Langkah pertama sebelum anda boleh membuat permohonan secara atas talian adalah anda perlu mendaftar akaun di Sistem Permohonan dan Pengurusan Penyelidikan di pautan ini.

Terdapat tiga (3) jenis permohonan penyelidikan yang disediakan.

1. Penyelidikan Dalaman
2. Penyelidikan Perseorangan
3. Penyelidikan Luar Negara

Anda perlu mendapatkan kelulusan permohonan penyelidikan daripada Kementerian Ekonomi terlebih dahulu sebelum membuat permohonan penyelidikan di Jabatan Muzium Malaysia.

Tatacara permohonan di Kementerian Ekonomi boleh didapati pada di pautan ini.

Ya!

Kerana ianya termaktub di dalam syarat permohonan penyelidikan. Satu naskah laporan/tesis kajian dalam bentuk pdf hendaklah dimuat naik di dalam sistem.

Permohonan akan diproses dalam tempoh 7 hari bekerja (Penyelidik Dalaman dan Perseorangan/Institusi), 14 hari bekerja (luar negara) dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima.